9 October 2024
Cubaan 'membunuh' laman web independent oleh Google
Pada zaman kebangkitan penggunaan AI secara pesat sekarang, penghasilan artikel mengenai produk atau sesuatu topik tersangatlah mudah. Jadi, timbul pula satu masalah: adakah artikel berkenaan betul-betul ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis, atau keluar dari hasil prompt enjin AI?
Atas sebab inilah saya rasa mengapa ramai orang lebih gemar menonton reviu produk di YouTube dan TikTok. Walaupun ada juga video yang dihasilkan dengan bantuan AI, terdapat perbezaan ketara antara video yang dihasilkan oleh manusia dan AI, dan saya yakin video yang dihasilkan secara original lebih berkesan dan mudah diterima oleh penonton.
Satu lagi trend ialah, laman web yang dihasilkan khas untuk duduk di ‘ranking’ teratas carian Google sahaja. Artikel atau isi kandungan ditulis semata-mata untuk menjadi suapan Google Bot sahaja. Tiada jiwa dan penghayatan.
Artikel di laman web House Fresh membincangkan topik ini secara mendalam.
Unfortunately, right now, these companies are using all their resources to publish more and more pages peppered with the right ‘ingredients’ to dish up a tasty E-E-A-T meal for Google.
Pandangan saya, dunia web sentiasa berubah. Saya yakin akan tiba satu zaman di mana isi kandungan dan teknologi berkaitan AI akan menjadi tepu, dan perkara yang dihasilkan tanpa bantuan AI akan menjadi rebutan dan bernilai tinggi.