infomalaya

15 October 2024

12 October 2024

Saya tahu perkataan blog mungkin agak rare kepada generasi muda zaman sekarang, tetapi seperti mana teknologi web yang lain, blog masih lagi relevan selagi mana ada orang yang meneruskan penulisan melaluinya(blogging).

I randomly selected blogs for each thing. There are ample other sites that use that particular feature, but I had to start somewhere. Some blogs appear multiple times, probably making them even funkier! This list is incomplete, I’ll try to periodically update it as I encounter more cool stuff. Enjoy!

Boleh lihat beberapa perkara menarik yang diadaptasi pada senarai blog dalam pautan di atas. Ada beberapa idea yang saya rasa menarik dan sesuai sekiranya digunakan di infomalaya.

Selain itu, anda boleh melawat laman web Ooh Directory untuk senarai blog-blog yang menarik untuk dibaca.

A syllabus for generalists is comprised of four weeks of general education; that is, a little bit of everything. It contains something for everyone—for specialists looking to branch out, and for generalists searching for new beginnings of knowledge.

Generalist bermaksud orang yang mahir atau kompeten dalam pelbagai bidang dan aktiviti.

Pandangan peribadi saya, benda ini tidaklah perlu diambil serius sangat, tetapi, ada beberapa pautan dan maklumat yang menarik yang kita boleh pelajari.

10 October 2024

Ingin mencuba enjin AI Copilot dari Microsoft melalui Whatsapp? Scan sahaja kod QR di laman web rasmi Microsoft.

9 October 2024

Cubaan 'membunuh' laman web independent oleh Google

Pada zaman kebangkitan penggunaan AI secara pesat sekarang, penghasilan artikel mengenai produk atau sesuatu topik tersangatlah mudah. Jadi, timbul pula satu masalah: adakah artikel berkenaan betul-betul ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis, atau keluar dari hasil prompt enjin AI?

Atas sebab inilah saya rasa mengapa ramai orang lebih gemar menonton reviu produk di YouTube dan TikTok. Walaupun ada juga video yang dihasilkan dengan bantuan AI, terdapat perbezaan ketara antara video yang dihasilkan oleh manusia dan AI, dan saya yakin video yang dihasilkan secara original lebih berkesan dan mudah diterima oleh penonton.

Satu lagi trend ialah, laman web yang dihasilkan khas untuk duduk di ‘ranking’ teratas carian Google sahaja. Artikel atau isi kandungan ditulis semata-mata untuk menjadi suapan Google Bot sahaja. Tiada jiwa dan penghayatan.

Artikel di laman web House Fresh membincangkan topik ini secara mendalam.

Unfortunately, right now, these companies are using all their resources to publish more and more pages peppered with the right ‘ingredients’ to dish up a tasty E-E-A-T meal for Google.

Pandangan saya, dunia web sentiasa berubah. Saya yakin akan tiba satu zaman di mana isi kandungan dan teknologi berkaitan AI akan menjadi tepu, dan perkara yang dihasilkan tanpa bantuan AI akan menjadi rebutan dan bernilai tinggi.

8 October 2024

Untuk makluman semua, Gmail kini sudah pun berusia 20 tahun. Saya ingat lagi 20 tahun yang lepas, saya antara pengguna terawal Gmail (Gmail Beta waktu tu). Hanya mereka yang mendapat invitation sahaja boleh buka akaun ketika itu, menjadikan pengguna gmail kelihatan ‘eksklusif’.

Cepat betul masa berlalu.

7 October 2024

Wrong Side of Write

Oleh kerana saya telah mengambil keputusan untuk aktif semula di infomalaya.com, maka secara automatik kemahiran menulis saya perlu diasah semula. Tiada kaedah yang paling cepat dan praktikal selain kekal menulis setiap hari, dan sekerap yang boleh.

Laman web Wrong Side of Write banyak menghimpunkan artikel berkenaan seni dalam penulisan artikel.

Basically, we’re all here because writing (and the English language) is an endlessly infuriating practice that constantly makes us question what we’re doing, how to do it, and if other people are going through the same shit. Answers: I don’t know, I don’t know, and I’m pretty sure they are.

Walaupun sekarang merupakan zaman video dan AI, saya yakin dan percaya medium penulisan masih lagi relevan dan akan kekal sampai bila-bila.