Article Category : links
7 October 2024
Filem dokumentari yang mengisahkan tentang dunia analog yang cuba dihidupkan semula ketika dunia sekarang ke arah 100% digital. Agak menarik apabila mengetahui syarikat besar seperti Meta (Facebook) turut serta dalam gerakan ini.
Rating peribadi? 9/10
6 October 2024
Sejak tahun 2000, Isao Hosokawa telah menghasilkan sauk ikan buatan tangan untuk para pemancing. Sauk ikan Silky Wood adalah antara yang terbaik, dan digilai ramai oleh para pemancing, terutamanya pemancing layang dari seluruh dunia.
4 October 2023
Rentetan pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) pada Mac 2023, kini pelan jalur lebar Unifi telah pun dikemaskini. Kini kita boleh menikmati pakej 100 Mbps serendah RM89 sebulan.
Sumber: Amanz
2 October 2023
Raspberry Pi 5 telah dilancarkan minggu lepas. Harga? RM409 untuk model 8gb dan RM309 bagi model 4gb di laman web Cytron. Bagi rakyat Malaysia, kita perlu menunggu sedikit sebelum produk ini boleh dibeli untuk memberi laluan pada proses ‘compliance’ selesai. Dijangka selesai pada hujung tahun ini.
Sumber: Cytron Technologies