infomalaya

15 April 2026

Anthropic berbincang dengan pentadbiran AS mengenai model AI baharu Mythos ketika isu keselamatan dan akses semakin sensitif

Anthropic mengesahkan bahawa ia sedang berbincang dengan pentadbiran Amerika Syarikat mengenai model frontier terbarunya, Mythos, menurut laporan Channel News Asia. Perbincangan itu berlaku walaupun hubungan syarikat tersebut dengan Pentagon telah terganggu susulan pertikaian tentang ‘guardrail’ penggunaan ketenteraan, sehingga Anthropic dilabel sebagai risiko rantaian bekalan bulan lalu. Perkembangan ini menunjukkan bahawa model AI canggih kini tidak lagi dilihat sekadar sebagai produk komersial, tetapi sebagai aset strategik yang melibatkan keselamatan negara, kawal selia dan hubungan antara syarikat teknologi dengan kerajaan. Apabila model AI menjadi semakin berkuasa, timbullah soal siapa akan yang mendapat akses, untuk tujuan apa, dan di bawah syarat apa, menjadi semakin relevan. Ini menandakan fasa baharu persaingan AI global yang lebih berorientasikan kuasa dan kawalan.

Hala tuju AI dunia semakin dibentuk oleh hubungan antara kerajaan dan syarikat AI. Negara seperti Malaysia yang mahu mengembangkan ekosistem AI sendiri perlu memberi perhatian kepada isu akses teknologi, tadbir urus, keselamatan data dan kebergantungan kepada platform luar. Apa yang diputuskan di Washington boleh mempengaruhi ruang dasar dan pasaran teknologi serantau.

Sumber: Channel News Asia