13 October 2024
Satu kajian terbaru berdasarkan data dari 73,000 responden dewasa, menunjukkan wujudnya kaitan antara waktu kita masuk tidur dengan kesihatan fizikal dan mental. Sebelum ni, lazimnya kita lebih cenderung untuk lihat berapa lama tempoh kita tidur untuk mengukur tahap kualiti tidur seseorang.
At the policy level, they suggest that their findings point to a clear “public health message — going to sleep before 1 a.m., irrespective of one’s natural sleep preference, can promote overall well-being.
Secara ringkasnya, masuk tidur sebelum pukul 1 pagi, boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan mental kita.
12 October 2024
Saya tahu perkataan blog mungkin agak rare kepada generasi muda zaman sekarang, tetapi seperti mana teknologi web yang lain, blog masih lagi relevan selagi mana ada orang yang meneruskan penulisan melaluinya(blogging).
I randomly selected blogs for each thing. There are ample other sites that use that particular feature, but I had to start somewhere. Some blogs appear multiple times, probably making them even funkier! This list is incomplete, I’ll try to periodically update it as I encounter more cool stuff. Enjoy!
Boleh lihat beberapa perkara menarik yang diadaptasi pada senarai blog dalam pautan di atas. Ada beberapa idea yang saya rasa menarik dan sesuai sekiranya digunakan di infomalaya.
Selain itu, anda boleh melawat laman web Ooh Directory untuk senarai blog-blog yang menarik untuk dibaca.
A syllabus for generalists is comprised of four weeks of general education; that is, a little bit of everything. It contains something for everyone—for specialists looking to branch out, and for generalists searching for new beginnings of knowledge.
Generalist bermaksud orang yang mahir atau kompeten dalam pelbagai bidang dan aktiviti.
Pandangan peribadi saya, benda ini tidaklah perlu diambil serius sangat, tetapi, ada beberapa pautan dan maklumat yang menarik yang kita boleh pelajari.
11 October 2024
At Tesla’s “We, Robot” event at Warner Bros. Studios tonight, Elon Musk unveiled the Tesla Cybercab, Robovan, and an updated version of the Optimus robot. Slashdot is at the event capturing photos and getting demos of everything announced.
Sumber: SlashDot
Foto bulan yang paling jelas dan terperinci yang saya pernah lihat setakat ini. Foto ini diambil oleh Darya Kawa Mirza, seorang astrophotographer dari Kurdistan. Untuk foto-foto lain, boleh ke Instagram beliau.
Sumber: This Is Colossal
10 October 2024
Ingin mencuba enjin AI Copilot dari Microsoft melalui Whatsapp? Scan sahaja kod QR di laman web rasmi Microsoft.
Oleh Maximilian Prüfer.
9 October 2024
Artikel interaktif behind the scene industri kabel dasar laut. Atas usaha mereka inilah kita dapat menikmati internet berkelajuan tinggi sekarang. Namun, ramai yang tidak tahu, usaha meletakkan kabel di dasar laut ini sudah bermula sejak tahun 1989.
The industry responsible for this crucial work traces its origins back far beyond the internet, past even the telephone, to the early days of telegraphy. It’s invisible, underappreciated, analog. Few people set out to join the profession, mostly because few people know it exists.
Sumber: The Verge
Cubaan 'membunuh' laman web independent oleh Google
Pada zaman kebangkitan penggunaan AI secara pesat sekarang, penghasilan artikel mengenai produk atau sesuatu topik tersangatlah mudah. Jadi, timbul pula satu masalah: adakah artikel berkenaan betul-betul ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis, atau keluar dari hasil prompt enjin AI?
Atas sebab inilah saya rasa mengapa ramai orang lebih gemar menonton reviu produk di YouTube dan TikTok. Walaupun ada juga video yang dihasilkan dengan bantuan AI, terdapat perbezaan ketara antara video yang dihasilkan oleh manusia dan AI, dan saya yakin video yang dihasilkan secara original lebih berkesan dan mudah diterima oleh penonton.
Satu lagi trend ialah, laman web yang dihasilkan khas untuk duduk di ‘ranking’ teratas carian Google sahaja. Artikel atau isi kandungan ditulis semata-mata untuk menjadi suapan Google Bot sahaja. Tiada jiwa dan penghayatan.
Artikel di laman web House Fresh membincangkan topik ini secara mendalam.
Unfortunately, right now, these companies are using all their resources to publish more and more pages peppered with the right ‘ingredients’ to dish up a tasty E-E-A-T meal for Google.
Pandangan saya, dunia web sentiasa berubah. Saya yakin akan tiba satu zaman di mana isi kandungan dan teknologi berkaitan AI akan menjadi tepu, dan perkara yang dihasilkan tanpa bantuan AI akan menjadi rebutan dan bernilai tinggi.
8 October 2024
Untuk makluman semua, Gmail kini sudah pun berusia 20 tahun. Saya ingat lagi 20 tahun yang lepas, saya antara pengguna terawal Gmail (Gmail Beta waktu tu). Hanya mereka yang mendapat invitation sahaja boleh buka akaun ketika itu, menjadikan pengguna gmail kelihatan ‘eksklusif’.
Cepat betul masa berlalu.