infomalaya


27 September 2016

Why are you doing what you are doing?

But the worst thing in life would be a death-bed regret that you’ve spent your life pursuing what someone said you should want, instead of what you really want.

But whatever you decide, you need to optimize for that, and be willing to let go of the others.

You can’t diffuse your energy, trying to do a little bit of everything, or you’ll always be in conflict with yourself.

Sisipan artikel di atas yang ditulis oleh Derek Sivers adalah jawapan utama kenapa saya sudah tidak lagi mengemaskini infomalaya. Saya kini sedang sibuk dengan dunia hanyir saya iaitu memancing. Hobi ini bagi saya, adalah satu perkara yang membuatkan saya gembira dan tenang. Walaupun kadangkala tertekan bila tidak mendapat sebarang hasil(ikan), setiap kali saya turun memancing, akan ada perkara baru yang saya akan belajar dan praktikkan.

Saya terpaksa memberikan fokus kepada hobi ini(buat masa ini) kerana saya percaya kepuasan hanya akan dapat dicapai apabila kita membuat/memberikan hasil yang terbaik. Untuk mencapai tahap itu, banyak masa dan tenaga diperlukan, dan saya itulah sebabnya kenapa saya ‘membuang’ minat/keinginan saya terhadap perkara lain seperti bersukan, programming, dan minat yang lain.

Oleh sebab itulah timbulnya konflik dalam diri saya sendiri yang berasa bersalah kerana membiarkan infomalaya sepi tanpa sebarang kemaskini. Perasaan bersalah inilah yang membuatkan saya segan dan takut untuk menulis semula. Saya bimbang saya akan kembali mengabaikan apa yang saya ingin mulakan semula, yang mana perkara ini sudah banyak kali berlaku. Saya sedar perkara ini cuma saya tidak cukup berani untuk melawan konflik dalaman saya yang sebenarnya bukanlah teruk sangat.

Realitinya, saya cuma perlukan masa kurang dari 30 minit sehari untuk menulis di infomalaya selepas ni. Masa yang cukup singkat, tetapi cukup banyak sekiranya digunakan dengan betul.