infomalaya


13 June 2017

Tabung Duit

Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan gambar tabung untuk duit RM5 + syiling dan tabung untuk projek Action Cam saya. Saya baru teringat yang saya dah kumpul sejumlah wang untuk beli kamera tu, tapi baru RM100. Jadilah dari tak ada langsung. Baru 25% capai target.

Minggu ini merupakan minggu gaji bagi kakitangan awam kerajaan persekutuan di Malaysia. Setiap tahun, gaji sebelum raya selalunya dimasukkan awal sedikit untuk membantu kakitangan awam membuat persiapan menyambut raya. Malangnya, akan ada tempoh 40 hari untuk gaji seterusnya yang mana merupakan mimpi ngeri bagi kebanyakan kakitangan awam, termasuklah saya sendiri. Saya dapat rasakan sebelum raya lagi duit gaji dah habis dibelanjakan.

Harap-harap lepas raya nanti saya dapat banyak jemputan rumah terbuka.