Projek
Himpunan projek syok sendiri dari tahun 2006 hingga sekarang.
Hantarkan emel sekiranya ada sebarang pertanyaan. Terima kasih.
Mangrid
Sebuah template HTML/CSS yang menggunakan konsep Manuscript Grid. Boleh dimuat turun secara percuma di GitHub.
Status: Masih lagi dibangunkan dan digunakan
MentariCSS
Framework CSS yang mula dibangunkan pada tahun 2007. Pernah dibincangkan bersama-sama pembangun laman web Malaysia suatu ketika dulu. Boleh dimuat turun secara percuma.
Status: Masih lagi dibangunkan dan digunakan
Hybrid Dashboard
Antaramuka untuk CMS. Kini digunakan untuk Faces, dan semestinya diubahsuai sedikit untuk memenuhi kehendak antaramuka sedia ada Faces.
Status: Masih lagi digunakan
Faces
Sebuah platform untuk para freelancer. Faces ialah projek utama dan komitmen ke-2(selain mengajar) Mohd Huzairy buat masa ini. Turut dibangunkan oleh Crynobone, Azraai, Iwani, Epireve, Finafedora, dan Odin.
Status: Masih lagi beroperasi
MentariDoc
Sebuah template untuk wiki/dokumentasi projek. Dibangunkan pada mulanya untuk projek 12 Designs Project. Kini boleh dimuat turun secara percuma.
Status: Masih lagi digunakan dan dimuat turun
Lokal
Sebuah projek laman jual beli di Malaysia. Dihentikan serta merta tanpa sebab yang munasabah. Rekabentuk laman Lokal yang terbaru kini digunakan oleh laman Laku.My(bukan projek Mohd Huzairy).
Status: Dikuburkan serta merta
MentariPanel
Projek eksperimen untuk antaramuka platform blog. Boleh dimuat turun secara percuma di GitHub.
Status: Pembangunan dihentikan kerana sudah ada Hybrid Dashboard
Taurus
Prototaip ke-2 untuk projek 12 Designs Project. Tidak sempat untuk dijadikan tema WordPress kerana 12 Designs Project telah dikuburkan. Boleh dimuat turun secara percuma.
Status: Boleh dimuat turun
Aries
Tema WordPress pertama untuk projek 12 Designs Project. Tidak terjual walau satu salinan. Boleh dimuat turun secara percuma.
Status: Masih lagi digunakan dan dimuat turun
12 Designs Project
Sebuah projek untuk menjual tema WordPress edisi terhad dalam 12 salinan untuk tiap-tiap design. Ditamatkan pada bulan pertama operasi. Tidak terjual walau satu salinan pun. Akhirnya design pertama, Aries, diedarkan secara percuma kepada umum. Sungguh kasihan.
Status: Dikuburkan serta merta
Booklogue
Sebuah template HTML/CSS yang membawa konsep penyenaraian buku. Dibangunkan dengan bantuan jQuery Masonry dan MentariCSS. Diedarkan secara percuma.
Status: Masih lagi digunakan dan dimuat turun
Monorial
Sebuah template HTML/CSS yang manggunakan font Arial sepenuhnya, dan nama Monorial digunakan tanpa sebab yang munasabah ketika itu. Diedarkan secara percuma.
Status: Masih lagi digunakan dan dimuat turun
The Arialist
Sebuah template HTML/CSS yang menggunakan font Arial sepenuhnya. Minimalis, membosankan, tapi tetap elegan. Diedarkan secara percuma.
Status: Masih lagi digunakan dan dimuat turun
Extreme Georgia
Pada tahun 2009, Smashing Magazine ada menganjurkan Typographic Layout Contest dan Mohd Huzairy telah menghantar penyertaan beliau yang diberi nama "Extreme Georgia". Penyertaan beliau telah mendapat tempat ke-2, dan bermula saat itu, Extreme Georgia telah digunakan oleh berpuluh-puluh ribu warga internet sehingga kini.
Status: Masih lagi digunakan dan dimuat turun
MentariWorks
Sebuah syarikat kecil yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) pada tahun 2010. Bertindak sebagai inkubator untuk projek-projek kecil dan sederhana, dan juga sebagai cara yang sah untuk menjalankan perniagaan servis laman web dan aplikasi di Malaysia.
Status: Masih beroperasi
SembangLebat
Perjumpaan dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama/atau tidak. Modus operandi Sembang Lebat berkisahkan tentang hal-hal duniawi dan akhirat. Setiap peserta digalakkan untuk membawa buku untuk dipinjamkan kepada peserta yang lain. Antara pelopor awal Sembang Lebat ialah Khairul, Wafiq, Ajmal Eylia, dan Mohd Huzairy sendiri.
Status: Jarang-jarang dibuat, selalunya setahun sekali
FeedMalaya
Adik kepada Blogtitude. Dibangunkan oleh Crynobone(Programmer) dan Mohd Huzairy(Designer) dalam tempoh 9 hari pada tahun 2009. Ditamatkan pada tahun 2010 dan kod sumbernya boleh diambil di laman GitHub.
Status: Dikuburkan
CSS Malaya
Sebuah forum perbincangan untuk belajar HTML dan CSS. Kemudian diubah menjadi sebuah mailing list. Akhirnya dikuburkan serta merta kerana tiada sambutan.
Status: Dikuburkan
WhiteBeans
Sebuah tema WordPress. Sudah lapuk tapi framework ini masih lagi digunapakai oleh beberapa orang pembangun dan blogger. Versi lama masih boleh dimuat turun manakala versi baharu(HTML+CSS sahaja) boleh diambil di laman GitHub.
Status: Hidup segan mati tak mahu
Tema WordPress InfoMalaya lama
InfoMalaya di zaman kegemilangannya menggunakan tema WordPress mereka sendiri. Semuanya disimpan di laman Google Code sebagai arkib, untuk dijadikan rujukan, dan bahan sejarah.
Status: Ada 14 tema WordPress, termasuk tema untuk laman peribadi Mohd Huzairy
Blogtitude
Blogtitude adalah laman aggregator tempatan yang pertama dibangunkan pada tahun 2007 dengan teknologi RSS, dan bukannya ping(Contoh: Project Petaling Street). Dibangunkan oleh Mohd Huzairy, Ariff Azraai, Azwan Ali(Novatech), dan Arif Samani(EmptySpace).
Status: Sudah terkubur sejak tahun 2008
InfoMalaya
Dimulakan pada awal tahun 2006 oleh Mohd Huzairy dan Mohd Yazid. Asalnya, InfoMalaya adalah sebuah forum, tapi oleh kerana waktu tu blog(WordPress) adalah satu benda yang baru, jadi perasaan ingin mencuba sesuatu yang baharu itu amat tinggi. Zaman kegemilangan InfoMalaya berlaku sekitar tahun 2007 – 2009; dan waktu itu InfoMalaya merupakan salah satu blog terawal yang mempunyai lebih dari satu penulis.
Zaman kejatuhan projek ini berlaku pada tahun 2010 akibat Mohd Huzairy yang mempunyai komitmen yang lebih besar, iaitu menjadi seorang guru. Tanggal tahun 2011, InfoMalaya dibangunkan semula dengan konsep yang lebih berbentuk, peribadi.
Status: Masih beroperasi