infomalaya


12 June 2017

Pertengahan Ramadhan 2017

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-17 kita berpuasa. Saya kembali ke Johor pada hari Jumaat yang lepas, dan minggu depan saya akan pulang kembali ke kampung untuk beraya. Penat memandu pun tak habis lagi sebenarnya, tapi saya tak patut mengeluh. Saya masih lagi dibuat kemalasan untuk menulis setelah lama bercuti. Niat awal nak buat artikel throwback tentang cuti 2 minggu saya yang lepas tapi itulah, hurm….

Saya cuma nak kongsi satu quote yang saya ambil dari laman web Becoming Minimalist, anda boleh baca sendiri artikel penuh di sana.

You would have more money for the things you want if you stopped foolishly wasting it on other things.

— Joshua Becker

Maksudnya, saya akan ada duit yang mencukupi untuk membeli benda yang saya inginkan sekiranya saya berhenti membelanjakan duit untuk benda-benda lain. Mudah kan?

Bunyi macam mudah, tapi nak disiplinkan diri dari beli benda-benda yang tak sepatutnya memang susah. Contohnya, saya memang bercadang untuk beli action cam, dan bajet saya untuk projek ini ialah RM400. Saya tak perlu beli GoPro buat masa ni, saya cuma perlukan kamera yang kualitinya OK sahaja.

Tapi, sampai sekarang saya masih lagi belum beli kamera tersebut, dan tiada sesen pun lagi saya simpan untuk perbelanjaan ni. Sama ada niat dan keinginan saya masib belum kuat, atau saya sendiri yang tak ada duit sebab dah guna untuk beli benda-benda lain selain keperluan.

Jadi, saya akan pinjam kaedah ‘Tabung Duit Hijau’ saya. Saya akan sediakan satu balang kaca yang dilabelkan Projek Action Cam, dan saya akan isikan duit dari masa ke semasa sehingga cukup RM400. Untuk makluman, dah masuk tahun ke-4 saya berjaya jalankan projek ‘Tabung Duit Hijau’ saya iaitu saya akan simpan duit kertas RM5 ke dalam balang kaca. Bila saya akan simpan? Setiap kali saya dapat duit kertas hijau. Setiap kali. Saya akan keluarkan isi tabung pada hujung tahun, dan selalunya saya dapat kumpul antara RM500 – RM900 tak termasuk duit syiling.

Kenapa orang yang tak berdisiplin macam saya boleh buat? Saya pun tak tahu, mungkin sebab saya dok nampak balang tu hari-hari agaknya, jadi rasa macam seronok pula bila nampak duit tu dah banyak.

Nanti saya maklumkan bila dah cukup target saya untuk projek action cam tu InsyaAllah.