infomalaya


14 August 2017

Mengapa sepi tanpa berita

Bukan menyepi, cuma saya sebenarnya yang malas nak menulis. Selepas raya baru ni saya ada bangunkan infomalaya versi baharu dengan menggunakan Jekyll. Cadangan awal, saya nak guna terus domain infomalaya.com dan point ke GitHub Pages. Jadi saya dah boleh tamatkan langganan web hosting yang saya sedang guna sekarang.

Tetapi, rasa macam sayang pula kalau padam blog ni.

Untuk makluman, infomalaya versi baharu kali ni mirip kepada Corax News. Saya gunakan fungsi Data Files untuk simpan pautan laman web dalam bentuk YAML. Dokumen YAML boleh ditukarkan kepada dokumen CSV, XML dan JSON, supaya lebih mudah untuk digunakan oleh orang lain sekiranya perlu.

Saya nak cerita panjang lebar pun macam tak kena, mungkin saya kena letak dulu di GitHub Pages dan mula dari situ.