infomalaya


8 November 2017

Huzairy Works

Alhamdulillah, saya beranikan diri juga untuk menulis kali ni. Ada tiga benda yang saya sedang fokus sekarang:

  1. Huzairy Works — Saya telah menceburkan diri dalam bidang pembuatan umpan tiruan untuk memancing di Facebook. Secara khususnya, dari jenis spinnerbait dan rubber jig. Selain tu saya juga jual pita ukur untuk ukur panjang badan ikan. Saya rasa seronok buat benda ni, sampai dah tak ingat langsung nak tulis kod HTML dan CSS. InsyaAllah nanti saya akan bangunkan laman web untuk projek saya ni.
  2. Video dan Fotografi — Saya juga dah beli action cam, jenama murah sahaja tapi memadai untuk ambil video memancing saya. Video dan gambar yang cantik untuk tujuan promosi produk memang berkesan. Berbaloi saya beli kamera kali ni.
  3. Northern Ultralight Anglers Gathering 2017 — Saya merupakan salah seorang penganjur untuk program yang akan diadakan pada hujung tahun ni di Kedah. Memang penat dan banyak benda nak kena buat, tapi saya turutkan sebab saya nak belajar cara nak kendalikan program berskala sederhana macam ni untuk projek saya yang akan datang.

Jadi, saya andaikan mungkin awal tahun depan baru saya akan menulis balik dekat sini. Jumpa lagi, InsyaAllah.