infomalaya


21 May 2017

Day 92/100 ~ 99/100

Tinggal sehari saja lagi. Saya akan tulis artikel yang paling teliti dan jujur yang pernah ditulis oleh saya esok, InsyaAllah. Tapi sebelum itu, ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan:

  • Saya telah menukar font Roboto kepada Lato. Saya rasa font ini lebih sesuai untuk logo infomalaya.
  • Saya telah baik pulih fungsi LINK pada artikel. Jadi, saya akan keluarkan bahagian Quick Bits di sidebar selepas ini. Saya akan pos pautan di bahagian artikel seperti sebelum ini.
  • Tahap kolestrol badan saya dah terlalu tinggi sehingga terjadinya beberapa tindak balas yang sangat menakutkan pada badan saya. Saya akan lebih berjaga-jaga dalam hal pemakanan selepas ini. Banyak sangat makan kulit ayam rasanya.
  • FFFFOUND telah ditamatkan perkhidmatannya. Saya antara orang yang bertuah kerana memiliki akaun di laman web ini. Tapi, saya rasa macam tidak ada makna apa-apa langsung pun. Saya cuma guna untuk kumpulkan gambar yang menarik minat saya sahaja.

Rasanya itu sahaja untuk kali ini. Kita jumpa lagi esok!