infomalaya


8 May 2017

Day 81/100 ~ 86/100

Sudah seminggu saya tidak menulis kerana tidak sihat. Alhamdulillah hari ini saya dah makin pulih. Ramai juga rakan dan anak-anak murid saya yang tidak sihat sejak kebelakangan ini. Mungkin faktor cuaca.

Apa pun, ada dua perkara menarik yang saya telah buat sepanjang tempoh seminggu ini, antaranya ialah:

  • Saya ambil keputusan untuk tidak memperbaharui domain huzairy.com, iaitu domain laman web peribadi saya sendiri. Saya rasa sudah tidak perlu lagi saya membebankan diri saya dengan perkara-perkara lain. Saya rasa tidak menyesal sedikit pun, malah berasa lega dengan tindakan saya ini.
  • Saya juga telah menamatkan langganan Typekit, servis hosting untuk font yang saya guna di laman web ini dan beberapa laman web lain. Saya masih lagi belum membuang kod Typekit di infomalaya, dan saya akan kembali menggunakan servis Google Font dan saya sudah pun jumpa font yang sesuai iaitu Roboto.

Cabaran 100 hari saya sudah hampir sampai ke penghujungnya.