infomalaya


2 May 2017

Day 65/100 ~ 80/100

Dah lebih 2 minggu saya larikan diri dari menulis. Apa pun, ini di antara perkara yang saya dapat rumuskan selama 2 minggu yang lepas:

  • Sebelum ini saya akan galas beg yang berisi komputer riba dan buku rekod mengajar saya setiap hari ke sekolah. Saya ambil keputusan untuk tinggalkan dan siapkan buku rekod mengajar saya di sekolah, dan tinggalkan komputer riba saya di rumah. Saya dapati betapa leganya bahu saya setiap pagi ketika ke sekolah dan ketika balik ke rumah dalam perjalanan menaiki motorsikal. Saya akan teruskan kaedah ini selepas ini.
  • Saya telah uninstall beberapa aplikasi di telefon bimbit saya. Antaranya ialah Youtube, Instagram, dan Facebook. Saya masih lagi ‘terpaksa’ mengekalkan beberapa aplikasi seperti Telegram, Whatsapp, dan Facebook Messenger, kerana aplikasi ini merupakan kaedah saya berkomunikasi mengenai hal-hal tugas hakiki saya sebagai seorang penjawat awam di sekolah. Tapi saya akan cuba untuk keluarkan diri sendiri dari beberapa whatsapp group yang saya rasakan tidak perlu.
  • Kesihatan saya sangat tidak baik ketika ini. Saya rasa macam nak kena jaga balik pemakanan saya, dan kena pastikan tidur yang cukup(ini yang paling susah). Mungkin kena mula balik kayuh basikal.