infomalaya


29 March 2017

Day 45/100

Saya, dan orang-orang yang terdekat dengan saya, tahu yang saya memang minat memancing. Tapi, apa yang baru saya tahu ialah, saya mencari kegembiraan melalui hobi ini, dan bila saya tak dapat turun memancing, saya akan rasa tak berapa nak gembira.

Inilah kesilapan saya. Saya cuba mencari kegembiraan pada perkara lain.

Dulu, waktu baru berkahwin, saya jarang sangat turun memancing, tak dapat memancing berbulan-bulan pun tak mendatangkan apa-apa kesan pada saya. Tapi tidak sekarang.

Saya sepatutnya ajar diri saya supaya tidak meletakkan faktor kegembiraan saya pada perkara luar. Sepatutnya saya perlu sedar yang kegembiraan itu bermula dari dalam diri saya. Dengan cara ni, saya akan kurang rasa kecewa sekiranya saya tak dapat apa yang saya nak.

Sepatutnyalah…