infomalaya


16 February 2017

Day 4/100

Dah masuk hari ke-4, dan antara pattern yang saya dapat kesan ialah, saya akan mula menulis di sini selepas pukul 11.00 malam. Tak ada masalah pun sebenarnya, cuma waktu ni saya dah mula mengantuk. Satu lagi, saya jadi tertekan sebab nak publish artikel sebelum pukul 12 tengah malam. Susah sebenarnya bila berjanji ni, lagi susah pula bila berjanji dengan diri sendiri. Tapi apa boleh buat, saya tak boleh merungut sangat sebab saya ada misi. InsyaAllah saya akan cuba ubah jadual saya menulis mulai esok.

Jadi hari ni saya cuma nak kongsi beberapa pautan yang saya dah simpan untuk rujukan saya sendiri.

  • Open Source Guides by GitHub — Rujukan untuk merancang, membangunkan, dan memelihara projek sumber terbuka dari GitHub. Saya memang bercadang nak buat satu projek sumber terbuka tahun ni, harap-harap dapat menandingi brainchild saya sebelum ni, Extreme Georgia. Yang paling penting, projek ni boleh _ generate sustainable income_.
  • Oh Sh*t Git! — Saya memang selalu ada masalah dengan Git sebelum ni. Maklumlah, bukan hari-hari guna.
  • Everything about AMP — Saya sebenarnya dah lama intai-intai projek ni sebelum jadi mainstream, tapi tak jadi guna sebab waktu tu belum banyak dokumentasi yang orang tulis.
  • Caching Explained — Belajar tentang apa itu caching secara santai dan interaktif.

Rasanya itu saja untuk kali ni. Minta maaf hari ni tak ada gambar.