infomalaya

15 October 2024

Data Centre, atau Pusat Data, adalah sebuah bangunan, ruang yang dikhaskan dalam bangunan, atau sekumpulan bangunan yang digunakan untuk menempatkan sistem rangkaian komputer dan komponen berkaitan, seperti telekomunikasi dan sistem storan data komputer.

Buat masa sekarang, ada 73 pusat data di Malaysia. 63 di Singapura, dan 40 di Thailand. Saya baru tahu ada pusat data di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Syarikat besar seperti Google, Microsoft, Nvidia dan AWS (Amazon Web Services) juga turut melabur dalam pembangunan pusat data di Malaysia.