Himpunan Entri

httrackKhas untuk mereka yang ingin menyimpan atau memuat turun sebuah laman web, ya, ’sebuah’ di sini bermaksud, kesemua halaman yang berada dalam laman web berkenaan ke dalam komputer kita.

HTTrack adalah percuma, efektif, dan sangat mudah digunakan. Aku guna perisian ni untuk muat turun Codex Wordpress untuk kegunaan offline, dan aku juga telah memuat turun laman web Getting Real, supaya aku boleh baca dengan lancar tanpa gangguan internet yang lembab.

Selamat mencuba.

Fotopages dan hentikan — Selepas melakukan whois barulah aku yakin bahawa Fotopages adalah hasil produk negara Israel. Terima kasih Bob.

MobilekiniMalaysiakini sudah ada versi mudah alih yang boleh dipasang di telefon bimbit. InfoMalaya bila lagi nak ada versi mudah alih? haha.. [via Amanz]

terasa malam ini aku nak share ilmu jquery aku yang tak seberapa dengan pembaca infomalaya sekalian.

fakta: aku sebenarnya pun masih baru lagi dalam dunia jquery ni. so apa yang aku kongsi ni semata-mata dari pengalaman aku sendiri. setiap orang mungkin berbeza pendapat dengan apa yang aku sampaikan di sini.

format asas jquery:

<script type=”text/javascript” src=”jquery-latest.js”/>
<script type=”text/javascript”>
$(document).ready(function() {  alert(’helo dunia!’); });
</script>

Klik untuk selanjutnya »

Pertama sekali, entri ini bukan bertujuan mengeksploitasikan isu PPSMI yang tengah hangat sekarang. Ini entri yang dibuat khas untuk mereka yang sering bertanya di entri lama di infomalaya dot com.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk memahirkan diri menguasai bahasa inggeris (Menulis dan bercakap khususnya).

Jadi, bolehkah para pembaca infomalaya dot com memberikan pandangan anda, tentang apakah cara terbaik yang anda rasakan sesuai untuk menguasai bahasa inggeris di ruangan komen?

JPG Magazine says Goodbye — Komuniti majalah fotografi online yang popular ini pun tidak dapat lari dari bahana kemelesetan ekonomi, jadi terpaksalah ditutup bermula 5 Januari 2009. Sekiranya berminat, muat turun arkib PDF mereka sebelum semuanya dipadam.

persetankan-poster-main

Tema untuk laman web Persetankan bulan ini ialah “Tahun Lepas”.

“Tahun Lepas…” ini bertujuan menyingkap semula kisah-kisah, peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 2008 samada peristiwa manis ataupun pahit. Biasanya apabila tiba tahun baru, apa yang anda fikirkan adalah target tahun baru ini, azam tahun baru, apa yang hendak dicapai pada tahun baru ini, namum kali ini, persetankan.com membawa anda menyusuri liku-liku hidup di sepanjang 2008 yang telah berlalu.

Karya anda mungkin peristiwa manis, pahit, mungkin azam lepas yang telah tercapai, mungkin kegagalan yang bisa memberi 1001 pengajaran dan iktibar dan bermacam-macam lagi. Oh, jangan lupa! Selitkan caption anda untuk menerangkan lagi mesej karya anda itu. Terima kasih warga Persetankan.com.

— Petikan dari entri di sana.

Kepada mereka yang ingin menghantar submisi, sila fahami dulu syarat regulasi sebelum menghantar gambar.

[Kredit: Saudara Omar Bahrin]

RetailMeNot.com · Coupon codes and discounts for 20,000 online stores — Gunakan ini untuk mencari kupon ketika membeli secara online, contohnya untuk membeli pakej hosting atau domain.

Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang paling bersejarah dalam diari umat islam, iaitu hari ‘Asyura. Hari Asyura pada tahun ini jatuh pada 07 Januari 2009.

Rasulullah SAW menyarankan agar umatnya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai kebajikan pada hari ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith : “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari kesembilan (Tasua’) dan kesepuluh (’Asyura).” (Hadith Riwayat Muslim)

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang puasa hari ‘Asyura : “Ia dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Muslim).

Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasulNya. Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini adalah : Klik untuk selanjutnya »

Dilemma for iPhone debut in Malaysia - Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya kenapa hingga kini iPhone masih tak sampai-sampai lagi ke Malaysia sedangkan negara jiran kita seperti Filipina dan Singapura sudah menerima kedatangan iPhone. Thailand juga Indonesia kini menanti giliran. Artikel ini menerangkan kenapa Malaysia mengalami sedikit kesukaran bagi pihak Apple bagi mula menjual produk mereka di sini.

Tema yang sedang digunapakai sekarang(infomalaya V9), sudah boleh dimuat turun. Untuk yang berani mengedit dan tahu selok belok css sahaja.

Maaf kerana terlewat menulis entri ini. Ada misi lain yang perlu didahulukan. =)

Tanpa membuang masa, terimalah laporan mengenai infomalaya dot com sepanjang tahun 2008.

1) InfoMalaya bukan lagi bernaung di bawah HappyPeople Media — Seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, infomalaya dot com kini berdiri dengan sendirinya dengan bantuan penulis-penulis infomalaya yang lain. Untuk pengetahuan semua, tiada seorang pun penulis yang dibayar untuk penat lelah mereka menulis di sini(termasuk diri aku sendiri). Kami menulis untuk berkongsi. Kami menulis untuk keseronokan, dan kami menulis untuk kepuasan peribadi.
Klik untuk selanjutnya »

Evolution of game controllers — Teringat kenangan dulu-dulu masa ada NES. [via Daring Fireball]

maal-hijrah-1430
Kami di infomalaya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah yang ke 1430 buat para pembaca yang beragama Islam. Esok cuti umum, walaupun aku sendiri sedang bercuti sekolah sekarang. Tapi jangan difikirkan sangat pasal cuti, tapi fikirlah sejenak tentang makna HIJRAH itu yang sebenar.
Klik untuk selanjutnya »

Jika dahulu orang asyik mengagung-agungkan karya artwork atau lukisan daripada barat terutamanya komik-komik daripada Marvel seperti spiderman, superman, incredible hulk dan apa-apa sahaja. Kini kita punya pilihan dengan memilih lukisan atau komik-komik daripada sebelah timur iaitu manga.

Dan kini, artwork daripada sebelah sini sudah semakin boleh melangkaui kualiti artwork daripada barat. Cuma mungkin terdapat kekurangan dari segi pendedahan di mana tak banyak laman web yang menyiarkan hasil artwork daripada Asia. Lantaran itu, startdrawing.org pun ditubuhkan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Klik untuk selanjutnya »